Wednesday, October 6, 2010

Jom Berubah

kita lihat hari ini semuanya berubah...
zaman berubah, teman-teman berubah, keadaan sekeliling berubah dan kita juga berubah...

perubahan memang sesuatu yang tidak dapat dihindari kerana waktu bergerak ke hadapan meninggalkan masa silam, dalam masa yang singkat hari ini telah menjadi semalam dan semalam telah menjadi kenangan.

setiap hari kita mempunyai azam, keinginan dan belajar sesuatu yang baru, kita ingin menjadi lebih baik dari semalam dan lebih suksess dari semalam. Namun untuk berubah bukanlah semudah kata bicara, untuk berubah kita perlukan asas yang jelas dan kaedah yang betul.

untuk berubah daripada bediri kepada duduk ini adalah mudah kerana itu perubahan fizikal, untuk berubah dari malas kepada rajin itu adalah mudah kerana itu perubahan sikap tetapi untuk berubah daripada biasa kepada berjaya dan daripada berjaya kepada hebat ianya memerlukan kaedah yang betul dan teknik yang jelas.

sertai kami didalam program 'JOM BERUBAH', dan kami akan kongsikan anda kejayaan.

Ikhlas

MZA

No comments:

Post a Comment