Malangnya bukan semua belia bernasib baik dan mempunyi taraf kehidupan yang selesa dan ramai yang masih lagi mencari-cari arah dan panduan untuk berjaya didalam hidup. Kursus-kursus dan program keusahawanan, motivasi dan peningkatan diri mengenakan kadar bayaran yang agak tinggi dan tidak ramai belia yang mampu untuk menghadirkan diri bagi menyertai kursus-kursus ini.
Menyedari hakikat tersebut, sekelompok anak muda, aktivis belia dan belia professional mula berbincang untuk mencari jalan keluar maka terhasillah program 'JOM BERUBAH'.
Visi Program
mewujudkan 2,000 belia yang berjaya dan berdayasaing sebagai agen transformasi masyarakat kearah wawasan 2020.
Objektif Program
- Mengenali Diri
- Memahami Persekitaran yang Membantu
- Menilai Faktor-Faktor Pembolehubah kearah Kejayaan dan;
- Mencipta Matlamat dan Pelan Tindakan yang Dapat Membantu Belia kearah Kejayaan
Kaedah Program
- Kuliah / Perkongsian Pengalaman
- Pra tonton Visual/Audio
- Aktiviti Buku " Jom Berubah"